Kemudahan


Homestay Umi PD ini yang terletak di Taman Belida, Port Dickson telah memulakan operasinya pada bulan Mac 2016. Homestay ini bertujuan untuk memberi perkhidmatan kepada pengunjung2 yang datang ke Port Dickson atau Pantai Teluk Kemang samada untuk bercuti, konvokesyen politeknik, passing-out ATM, kursus dsb.

Homestay ini adalah sebuah rumah teres satu tingkat yang mempunyai empat bilik tidur.


     
  • Tiga bilik berkatil saiz queen dan bilik no 4 berkatil single. Bantal extra dan dua set toto juga ada.
  • Setiap bilik tidur dilengkapi wardrobe dan meja hias. Sebuah sterika elektrik dan iron board juga disediakan utk kemudahan anda.
  • Tiga buah penyaman udara, 2 di blik tidur dan satu di ruang tamu
  • Kelengkapan memasak seumpama rumah sendiri lengkap dengan dapur gas, peti air, cerek elektrik, rice cooker, pinggan mangkuk, periuk, kuali pelbagai saiz, jug minuman, set teh, dan ... lesung batu pun ada :-)
  • Kami menyediakan air mineral 1500ml (dua botol) secara percuma kepada semua pengunjung
  • TV Astro Beyond juga disediakan 
  • Sterika elektrik dan iron board juga ada
  • Set BBQ yang selesa dan mudah allih disediakan di ruang luar.
  • Ruang parkir kereta yang luas, boleh menampung dua kereta sekaligus.
  • Terdapat paip shower di luar rumah bagi membilas selepas mandi laut 










Bagi anda yang memerlukan khidmat laundry, terdapat LaundryBar (coin-operated) yang beroperasi 24-jam di lot kedai Taman Coral yang terletak bersebelahan dengan Taman Belida ini. Ia terletak kira-kira 2 minit perjalanan dari homestay.


Terdapat banyak kedai makan dan keperluan di sini seperti pasar mini SpeedMart 99.





No comments:

Post a Comment